MAJLIS MENGENAL MENANTU
Majlis mengenal menantu dibuat selepas majlis persandingan. Majlis ni tertutup untuk keluarga terdekat saja. Dalam majlis ini keluarga terdekat sebelah lelaki akan datang bersalaman dengan pengantin perempuan dengan memberi duit sebagai buah tangan..
Umi sedang melaksanakan adat mengenal menantu
Mak sah dan mak cik arah meunggu giliran..
Adik pulak leka dengan puding buah makan beradat
Yu tak lepas peluang bergambar depan pelamin
Adik, lagi semangat. siap bergaun lagi tu..
Selepas majlis mengenal menantu
Eh, ngapa masam sangat tu dik..
Nenek kami tersenyum manis di meja makan beradat
usik-usik, suap menyuap di meja makam
usik-usik, suap menyuap di meja makam
Tok wan nampak berselera melihat hidangan yang disediakan untuk kami sekeluarga
Ayah lik, ayah nah, abang cik dan mak cik arah
Selain dari adik sepupu Yu, abang cik ni juga saudara susuan Yu, sebab semasa kecil kami berdua berkongsi menyusu dengan umi..
Haa..ni nak cite satu bab lucu, balik dari majlis kahwin abang adam tu,mak ngah hadiahkan kek kawin abang adam tu sebagai kek hari jadi Yu. Ya lah semalam 23 julai kan hari jadi Yu. Umi tak sempat siapkan apa-apa sebab kami sekeluarga sibuk uruskan majlis kahwin abang adam. Tapi tak ada majlis pun Yu dapat hadiah hebat dari abah iaitu sebuah digital kamera panasonic yang sudah lama Yu idamkan. Umi pula tak mahu kalah, belikan kami sebuah Laptop { komputer riba } jenama Toshiba yang canggih. Terima kasih abah dan umi. Selain kek ini mak ngah juga hadiahkan Yu duit RM 50. Bukan duit yang buat hati Yu tersentuh, tapi kucupan mak ngah dipipi Yu semasa bagi duit tu yang akan Yu ingat sampai bila-bila..haa... nenek Yu pun bagi hadiah duit tau. Dan banyak lagilah kenangan manis YU di harijadi yang ke 11 ni...opss YU dah sebelas tahun rupa-rupanya...
No comments:
Post a Comment