Sila tinggalkan coretan anda

Saturday, July 25, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN ABANG ADAM
24 JULAI 2009


Selamat Berbahagia Abang Adam dan Kak Su

Usik-usik bawa bahagia

Apa yang dibualkan oleh kedua pengantin remaja ini

Pengapitnya pun pengantin baru juga tu..

Kedua mempelai tersenyum bahagia

Rombongan pengantin lelaki dah tiba..


MAJLIS MENGENAL MENANTU

Majlis mengenal menantu dibuat selepas majlis persandingan. Majlis ni tertutup untuk keluarga terdekat saja. Dalam majlis ini keluarga terdekat sebelah lelaki akan datang bersalaman dengan pengantin perempuan dengan memberi duit sebagai buah tangan..






Umi sedang melaksanakan adat mengenal menantu


Mak sah dan mak cik arah meunggu giliran..

Adik pulak leka dengan puding buah makan beradat

Yu tak lepas peluang bergambar depan pelamin


Adik, lagi semangat. siap bergaun lagi tu..

Selepas majlis mengenal menantu


Eh, ngapa masam sangat tu dik..



Nenek kami tersenyum manis di meja makan beradat




usik-usik, suap menyuap di meja makam



Tok wan nampak berselera melihat hidangan yang disediakan untuk kami sekeluarga

Ayah lik, ayah nah, abang cik dan mak cik arah



Selain dari adik sepupu Yu, abang cik ni juga saudara susuan Yu, sebab semasa kecil kami berdua berkongsi menyusu dengan umi..

Sebelum pulang Yu sempat merakam kenangan di depan pintu rumah pengantin perempuan

Haa..ni nak cite satu bab lucu, balik dari majlis kahwin abang adam tu,mak ngah hadiahkan kek kawin abang adam tu sebagai kek hari jadi Yu. Ya lah semalam 23 julai kan hari jadi Yu. Umi tak sempat siapkan apa-apa sebab kami sekeluarga sibuk uruskan majlis kahwin abang adam. Tapi tak ada majlis pun Yu dapat hadiah hebat dari abah iaitu sebuah digital kamera panasonic yang sudah lama Yu idamkan. Umi pula tak mahu kalah, belikan kami sebuah Laptop { komputer riba } jenama Toshiba yang canggih. Terima kasih abah dan umi. Selain kek ini mak ngah juga hadiahkan Yu duit RM 50. Bukan duit yang buat hati Yu tersentuh, tapi kucupan mak ngah dipipi Yu semasa bagi duit tu yang akan Yu ingat sampai bila-bila..haa... nenek Yu pun bagi hadiah duit tau. Dan banyak lagilah kenangan manis YU di harijadi yang ke 11 ni...opss YU dah sebelas tahun rupa-rupanya...



kelakar pulak tengok kek pengantin jadi kek birthday

Friday, July 24, 2009




GAMBAR-GAMBAR SEBELUM BERANGKAT KE RUMAH
PENGANTIN PEREMPUAN

Ni, masa mula2 sampai, abang adam tengah berdebar-debar tu..



Kedatangan kami disambut oleh pihak tuan rumah






Abah dengan kawan lamanya, Pak cik Zol

Apa jenis sengih tu dik..




Mak ngah dan wan sibuk menyusun strategi..



Jiran tetangga kami yang menunggu untuk bertolak sama-sama










Sebelum bertolak umi amik gambar Yu dan adik di rumah kami



Abaikan saja ruang tamu kami yang bersepah tu, minggu sibuklah katakan..

Umi kata senyum, senyum, Yu pu apa lagi..


Eh, adik nampak macam dah besar bila posing gini yek..

Thursday, July 23, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH ABANG ADAM
DI MASJID PASIR PUTEH






Akhirnya dengan sekali lafaz kak su selamat menjadi isteri kepada abang adam. Kedua pengantin remaja ini disatukan oleh keluarga dalam majlis yang sederhana tetapi meriah. Selamat Pengantin Baru Yu ucapkan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa..





Kami bergambar depan pelamin pada malam akad nikah




Wah abah bukan main lagi ya..



Di kamar beradu pengantin





adik dengan pengantin baru




Haa.. giliran Yu pulak














Selamat Pengantin Baru