Kata umi pipi Yu sama kaler dengan bunga di sebelah tu. betul ke..?
Haa.... kalau dengan bunga ni Yu kalah le.. sebab ia lagi cantik dari Yu
Bergayut ni masih lagi jadi hobi Yu walaupun kata umi Yu dah besar...kata umi...Yu tak rasa gitu pun, pada Yu, Yu tetap anak manja kesayangan umi dan abah..
Kata abah Yu tak boleh senyum pada orang tak tentu pasal, sebab apa ya..apa maksud abah?
Bunga di Putrajaya ni kembang mekar, mungkin tunggu kedatangan Yu sekeluarga dari KB..
gambar Yu di atas ini mungkin boleh meyakinkan abah yang Yu ini perlu pakai pendakap gigi. Kta umi satu hari nanti umi akan buat temujanji dengan doktor gigi untuk tujuan ni...tapi nak jadi cerita pulak..adik Yu yang masih kecil dan belum pun penuh gigi susunya tumbuh marengek2 nak pakai juga pendakap gigi....aduhai lawaknya la adik kak Yu ni..
Ini nak meluah rasa la pulak...
Impian ku.
Ingin suatu hari...
ketika bangun daripada tidurku...
embun menyentuh kulit ku di kala subuh...
ketika fajar menjelma...
nyanyian burung kedengaran...
udara nyaman di sekeliling ku...
kehijauan alam jelas di ruang mataku...
menyedapkan hati dan jiwa ku...
ingin suatu hari...
masyarakat sekeliling ku saling tolong menolong...
'cubit peha kiri peha kanan terasa jua'...
tiada yang susah antara mereka...
'susah senang sama dirasa'...
ingin suatu hari...
semua yang ada pada hari ini...
macam mana hendak ku jelaskan
itulah impian ku....
kenapa mereka tak turut sama merana
kenapa asyik kami yang kena
kenapa masih tiada lagi jawapannya,
Sampai bila kami dapat bertahan
sampai bila kami dapat bersabar
sampai bila kami akan tertekan sampai bila ...
sampai bila... !
Senja untuk apa kau memapah aku untuk lari dari kegelapan sedangkan kau jua penghuni sebuah lara panjang untuk apa kau curahkan keringatmu pada aku yang pernah kau ukirkan sebuah pelantar kebencian.
untuk apa aku kau lukai jika kau sendiri menyesali segenap apa yang kau lakukan senja kau datang jua, memapah aku yang dahaga setitis bahagia yang pernah kau janjikan hanya tinggal sejuta pengharapan yang kelam.
Dari seorang Kakak kepada Adik
Adik-adikku,jalan yang kau pilih ini kembaranya maha panjang terentang dan sangat berjarakberduri dan amat berliku sangat sedikit yang utuh, sedang ramai yang gugur, rebah.Adik-adikku,hari ini kita berkampung menebas lalang mazmumah membakar tunggul jahil dungu merumput duri leka terpana.Kita berkampung menyemai benih nasuha merumpun azam di jelapang ilmu merimbun ukhuwah jangan pongah di kepuk lalai menyusun pengalaman di batas masa.Adik-adikku,kalau leka, kau akan mati dalam lautan penuh sahmura dari nubari pewaris Nabi.Kalau lena, kau akan haus dalam rekahan fatamorgana sedang yang lain meneguk madu lantaran berdagang mahukan janji Allah.Berjanjilah adik-adikku,hingga buana ini redup dengan rahmat kerana ummah sepakat memacak Islam berdaulat, kau tak akan berhenti melangkah!Kalau tidak di kampung ini,tapi di sana kembara lagi rentas masa dan zaman menuai semai ilmu,biar subur lagi serata alam.Adik-adikku,esok, aku terpaksa pergi, kembaraini bukan ditinggalkan perpisahan itulah permulaan mula nan tiada akhir kecuali akhirat mengganti.Kerana kita hanya antara dua langkah,hidup mulia atau mati kerana-Nya.
3 comments:
manisnya anak dara seorang ni.
kak yu sweet sokmooo
vista,
tima kasih sudi singgah blog yu,
siapa ni ya..
Post a Comment