Sila tinggalkan coretan anda

Saturday, March 28, 2009

YU DAN KAKAK MAIZATUL

Yu nak cerita sedikit tentang kak maizatul ni. Dia ni sepupu Yu. Anak ayah lik. Yu dan kak maizatul ni banyak persamaan tau. Kami berdua sama-sama anak sulung dalam keluarga. Kami sama-sama bercita-cita nak jadi seorang doktor. Ibu kami berdua seorang guru. Kami mempunyai minat yang sama iaitu membaca buku dan melukis. Dan satu lagi persamaan yang amat ketara ialah kami berdua sama-sama anak gadis kesayangan keluarga... ya ke ?





Kak maizatul tak berani nak sengih macam Yu, sebab apa Ya ?

Aksi manja dari kami depan PICC Putrajaya


Kak maizatul ni pandai tau, dia dapat 5A UPSR 2008


Beza usia kami cuma 2 tahun, tapi kami hampir sama tinggi




Adik, Yu dan Kak maizatul di atas jambatan warisan putrajaya



Elok je kami posing kalau nampak bunga sebab kami memang suka bunga tau...





Monday, March 23, 2009

YU SEBAGAI JURUGAMBAR

Nak kongsi cerita tentang tugas sebagai jurugambar. Masa kami ronda-ronda rumah saudara-saudara mara cuti sekolah ari tu, ayah su lantik Yu sebagai tukang ambik gambar. Masa ambik gambar banyak-banyak dengan macam-macam posing, Yu terfikir siapa yang nak ambik gambar Yu. Yang bawah ini ayah su ambik, jadi Yu pun buat keputusan untuk ambik gambar Yu sendiri...

ayah su ambik gambar Yu di rumah mak sah

Nampak pelikkan..Yu ambik gambar sendiri di rumah ayah lik


Di beranda rumah ayah lik


Di kebun sayur pak bah



Depan rumah pak bah





Kata umi posing Yu dah jadi macam orang zaman dulu bergambar...tak kisahlah yang penting Yu pun nak simpan sebagai kenangan...




Nampak macam pelik sikit...tapi tak apa, cuti akan datang Yu akan tukar strategi baru la pulak!







Sunday, March 22, 2009

YU DENGAN PENDAKAP GIGI
Bila tengok gambar-gambar Yu di bawah ini satu perkara yang Yu ingat iaitu pendakap gigi...

Tapi Yu rasa heran sebab abah hanya pandang ringan saja pendapat Yu, cuma Umi yang tunjuk respon positif.


Kata umi pipi Yu sama kaler dengan bunga di sebelah tu. betul ke..?


Haa.... kalau dengan bunga ni Yu kalah le.. sebab ia lagi cantik dari Yu




Bergayut ni masih lagi jadi hobi Yu walaupun kata umi Yu dah besar...kata umi...Yu tak rasa gitu pun, pada Yu, Yu tetap anak manja kesayangan umi dan abah..




Kata abah Yu tak boleh senyum pada orang tak tentu pasal, sebab apa ya..apa maksud abah?




Bunga di Putrajaya ni kembang mekar, mungkin tunggu kedatangan Yu sekeluarga dari KB..



Ni bawah rumah ayah su di persint 9 Putrajaya...


gambar Yu di atas ini mungkin boleh meyakinkan abah yang Yu ini perlu pakai pendakap gigi. Kta umi satu hari nanti umi akan buat temujanji dengan doktor gigi untuk tujuan ni...tapi nak jadi cerita pulak..adik Yu yang masih kecil dan belum pun penuh gigi susunya tumbuh marengek2 nak pakai juga pendakap gigi....aduhai lawaknya la adik kak Yu ni..

Ini nak meluah rasa la pulak...


Impian ku.
Ingin suatu hari...

ketika bangun daripada tidurku...

embun menyentuh kulit ku di kala subuh...

ketika fajar menjelma...

nyanyian burung kedengaran...

udara nyaman di sekeliling ku...

kehijauan alam jelas di ruang mataku...

menyedapkan hati dan jiwa ku...

ingin suatu hari...

masyarakat sekeliling ku saling tolong menolong...

'cubit peha kiri peha kanan terasa jua'...

tiada yang susah antara mereka...

'susah senang sama dirasa'...

ingin suatu hari...

semua yang ada pada hari ini...

macam mana hendak ku jelaskan

itulah impian ku....
kenapa mereka tak turut sama merana

kenapa asyik kami yang kena

kenapa masih tiada lagi jawapannya,

Sampai bila kami dapat bertahan

sampai bila kami dapat bersabar

sampai bila kami akan tertekan sampai bila ...

sampai bila... !


Senja untuk apa kau memapah aku untuk lari dari kegelapan sedangkan kau jua penghuni sebuah lara panjang untuk apa kau curahkan keringatmu pada aku yang pernah kau ukirkan sebuah pelantar kebencian.
untuk apa aku kau lukai jika kau sendiri menyesali segenap apa yang kau lakukan senja kau datang jua, memapah aku yang dahaga setitis bahagia yang pernah kau janjikan hanya tinggal sejuta pengharapan yang kelam.



Dari seorang Kakak kepada Adik


Adik-adikku,jalan yang kau pilih ini kembaranya maha panjang terentang dan sangat berjarakberduri dan amat berliku sangat sedikit yang utuh, sedang ramai yang gugur, rebah.Adik-adikku,hari ini kita berkampung menebas lalang mazmumah membakar tunggul jahil dungu merumput duri leka terpana.Kita berkampung menyemai benih nasuha merumpun azam di jelapang ilmu merimbun ukhuwah jangan pongah di kepuk lalai menyusun pengalaman di batas masa.Adik-adikku,kalau leka, kau akan mati dalam lautan penuh sahmura dari nubari pewaris Nabi.Kalau lena, kau akan haus dalam rekahan fatamorgana sedang yang lain meneguk madu lantaran berdagang mahukan janji Allah.Berjanjilah adik-adikku,hingga buana ini redup dengan rahmat kerana ummah sepakat memacak Islam berdaulat, kau tak akan berhenti melangkah!Kalau tidak di kampung ini,tapi di sana kembara lagi rentas masa dan zaman menuai semai ilmu,biar subur lagi serata alam.Adik-adikku,esok, aku terpaksa pergi, kembaraini bukan ditinggalkan perpisahan itulah permulaan mula nan tiada akhir kecuali akhirat mengganti.Kerana kita hanya antara dua langkah,hidup mulia atau mati kerana-Nya.




















Friday, March 20, 2009

CUTI YANG AMAT BERMAKNA BUAT KAMI



Amna Faqiha di ribaan umi








Sebab apa..? sebab ayah su sekeluarga pulang, yang penting dapat jumpa sepupu Yu si kecil Amna Faqiha



umi dan adik sedang bergambar dengan Faqiha di rumah Ayah Nah

Puisi Buat adikku Nurul Nadhirah

Puisi ini kutulis
buatmu seorang adik
Puisi ini ingin sampaikan
betapa kakak rindu kelibatmu
begitu banyak yang kita lalui
tawa dan riang kita
kau yang selalunya
ada bersama kami disetiap waktu
walau dimarah
walau ditegur
kerenahmu yang kakak terbiasa
kerenahmu yang kini buat kakak rindu
kalau kau ada
kerana kau memang selalu ada...
Puisi ini mengharapkan
jagalah dirimu
jagalah hatimu
berhati-hatilah selalu
seperti yang selalu kubisikkan padamu
seperti yang selalu kuharapkan..
Puisi ini
kutulis buatmu adik
ketabahanmu
pengorbananmu
ketidakupayaanmu
nanti suatu hari
takdir akan ceritakan segala
takdir akan bentangkan semua...
cuma
jagalah diri
tabahkan hati...
Puisi ini
kutulis buatmu adikku
kau tetap adikku
walau kita dipisahkan
walau kita dijarakkan
doaku tidak pernah putus
buatmu adikku...













CUTI-CUTI 1

yu bergambar di jambatan Tok Bali
yu tengah bergambar di atas buai

lajunya adik hayun buai


aisyah nampak comel apabila matanya terbuka luas


Yu bersama keluarga sedang bergambar dengan Faqiha
di depan rumah Cikgu Pin

Yu bergambar di rumah Mak Ngah


adik tampil bergaya dengan baju gaunnya
Faqiha dah pandai menirap