Sila tinggalkan coretan anda

Thursday, June 18, 2009

NASI DAGANG MAK NGAH
Nasi Dagang ialah makanan istimewa keluarga kami. kadang-kadang kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek. Masa tu biasanya nenek dan mak ngah akan masakkan nasi dagang. dua hari sebelum cuti sekolah berakhir, kami semua berkumpul lagi di rumah nenek. seperti biasa mak ngah masakkan nasi dagang specialnya untuk kami. Mak ngah memang teror masak nasi dagang, sedap dan menyelerakan....

Sebesen besar nasi dagang sedang di `arun` oleh umi, masa ni baunya yang harum semerbak memeriahkan lagi pagi yang ceria di rumah nenek.


Begini rupanya bila sudah dimasukkan kedalam pinggan. Tapi mana lauknya ya..


Haaa....ini rupa salah satu lauk yang mak ngah masak untuk dimakan bersama dengan nasi dagang.

Hee..hee...sikecil Amna cuma telan air liur tengaok kami makan nasi dagang....sorilah ye Amna..

Tapii...Sikecil Alya dah pandai makan nasi dagang...tuuu....cik Lah tengah suapkan...bestkan Alya.


Mak ngah masukkan nasi dagang tu dalam bekas tahan panas untuk pastikan ia sentiasa panas untuk dimakan.tuu....abang Im dan kak Ikah sedang tekun mengisi pinggan masing-masing..


Pak Bah, Mak Long dan Abang Chik. mmmmm sedapnya..



Kata Mak ngah, makan nasi dagang ni kena ada telur rebus sekali baru terasa kelemakkan nasi dan lauknya. Amboi..Pak Bah seleranya..

Haaa..ni pula Cik Su sedang menikmati nasi dagang Mak Ngah. Semua puashati. Sebelum pulang kami ucapkan terima kasih pada mak ngah dan semua bertanya soalan yang sama...bila mak ngah nak buat nasi dagang lagi...hee..hee

CUTI SEKOLAH LAGI- BERSAMA AMNA FAQIHA



Minggu ke dua cuti sekolah, ayah su and family pulang ke kampung. Seronok tak terhingga sebab dapat jumpa lagi dengan Amna yang makin besar dan comel. Yu bergambar di halaman rumah keluarga cik su pada hari pertunangan adik cik su, cik na.






Adik pun nak posing juga di celah rimbunan pokok ciku. kami sekeluarga berbaju biru putih sebab itu menjadi warna tema majlis tersebut..



Abah bersama adik dihadapan tangga.

Amna bersama umi, kak masku dan adik


Amna semakin besar, manja dan keletah..



Umi bersama adik dan Amna


Yu temankan adik makan di ruang dapur sebab adik tak tahan....dah lapar sangat2 maklumlah sudah pukul 4 petang