Sila tinggalkan coretan anda

Thursday, May 21, 2009

MAJLIS TAMAT AL-QURAN YU 2008

Sebenarnya majlis tamat al-quran ini umi buat tahun lepas, sempena dengan hari lahir yu yang ke sepuluh, lupa nak masuk blog sebab tak ada gambar yang menarik...

Bergambar dengan nenek dan ustazah Rosmaini, guru Quran Yu. Yang ramai-ramai tu kawan-kawan yang sama-sama ngaji dengan Yu di rumah ustazah.

Acara potong kek birthday, kek coklat yang sedap tu hadiah daripada jiran kami yang baik hati iaitu pakcik Hanif. Sebenarnya umi tak sedikan kek sebab umi dah buat pulut kuning dengan rendang, abah pula tempah sate special, ustazah Yu sediakan banyak kuih-muih. Kiranya kek tu suprise dari pakcik Hanif....dapat juga Yu makan kek...best



Abah sedang melayan adik makan, dik macam mak haji la pulak. Tetamu-tetamu kecil kami sedang menjamu selera..
ACARA TERTUNDA - SUKAN TAHUNAN 2009


Gambar-gambar sekitar sukan tahunan sekolah.
Pasukan Biru sedang membuat latihan perbarisan.



Senyum bangga kerana pasukan merah menjadi juara sukan
tahunan sekolah tahun ini



Bersama rakan-rakan sepasukan



Ahli pasukan merah yang ceria


Siti bersedia untuk acara 200 meter


Bersama kawan baik Siti namanya, Kami berdua pasukan merah




Depan khemah pasukan merah
Adik pun pasukan merah juga


Guru-guru pasukan kuning

Pon-pon girls rumah kuning

Saturday, May 16, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU


Adik bersama Sir Elly sebelum di solek




Kawan adik Nabila pun ikut sama
dalam acara pakaian beragam

Nabila kata mama dia baru beli gaun tu malam tadi
khas untuk acara hari guru
amboi manjanya adik dan Sir Elly

Umi, memberi pesanan terakhir kepada
adik sebelum naik ke pentas


Adik nampak yakin dan bersemangat

Sir Elly, Teacher Mila dan cikgu Zainab



Sir Elly sedang tekun memakaikan alat solek
ke wajah gebu adik


Sapu, jangan tak sapu, tepek, jangan tak tepek



Amboi cantiknya adik. sedang menunggu giliran untuk
naik ke pentas



Manisnya gadis-gadis kecil ni..



Adik, ketika di atas pentas....



HAPPY TEACHERS DAY



GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

( Dedikasi kepada Hari Guru dan Guruku Tercinta )

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu,dialah bapa juga sahabat
Akur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama yang mulia.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
di sebuah sekolah mewah di ibu kota
di bangunan tua sekolah Hulu Terangganu
dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil duduknya diceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat `cikgu` kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Sajak usman awang ni, Yu akan deklamasikan esok dalam majlis sambutan Hari Guru di sekolah esok. Sajak ini amat menyentuh hati umi, bila Yu baca depan umi, dia menangis, ya lah kan, umi Yu kan seorang guru...

Friday, May 15, 2009

ADIK MANJAKU NURUL NADHIRAH
Hari guru akan disambut disekolah kami pada hari ahad 17 mei. Yu masuk acara mendeklamasi sajak, adik pula masuk pakaian beragam. Umi pilih tema Charming Princes. Adik tak sabar nak beraksi di atas pentas. Umi pun latih adik berposing di rumah. Haa...inilah hasilnya.

Sungguh cantik adik bergaya dengan senyum yang amat manis, bunga kepala dan bakul bunga tu umi buat sendiri tau..


manisnya puteri kecil kebanggaan kami sekeluarga..


Eh!..apa dibelakang adik tu..

candid..adik tengah main nyorok2 dengan Amri


Mana perginya senyuman manis adik...

Ngapa sampai terteleng tu, penat sangat ke?..









Thursday, May 14, 2009

MALAM MINGGU YANG MERIAH


Malam minggu kali ini kami semua berkumpul di rumah ayah Sor. Perhimpunan keluarga kali ini Pak Bah yang plan.Ayah Lik bawa setong ikan dan sotong. Ayah Sor sediakan ayam untuk dibakar bersama, mak ngah sedikan bihun goreng dan mak sah sediakan pencuci mulut. Yu dan umi pula sediakan sos pencicah dan jus oren yang sedap. Yu tengok semua orang gembira masa BBQ tu, dan yang paling seronok sekali tentulah nenek Yu sebab anak cucunya berkumpul bersama.

Haa...ini le rupa ayam and sotong yang sedang dibakar, hem...nampak sedapkan?

Ini tiga orang sepupu Yu yang jadi pembantu tukang bakar ayam, lepak atas tangga lepas penat kipas ayam bakar...


acara bakar membakar sedang berlangsung dengan meriahnya



Yu sedang tunggu ayam bakar masak, sempat berposing dulu, Sikecil Alya sedang makan ikan bakar dengan abang Yo.




Penat dan kenyang, rasa macam mengantuk pun ada sebab jam dah 12.00 mlm. Tapi satu yang Yu ingat, alangkah best kalau ayah su dan cik su ada...tentu majlis kami akan lengkap dengan adanya sepupu Yu Aman Faqiha...





Tiga orang anak dara cun sepupu Yu, semua baik-baik dan pandai-pandai, Yu pun nak jadi macam mereka suatu hari nanti...Yu janji umi..






Alahai...manjanya umi dengan pak bah..ada cerita lucu sebenarnya tu..



Adik dah kenyang makan ayam, abah pula nampak macam mengantuk je..


Pinggan adik dah licin. Apa yang lucu tu umi...


Umi bersama dua orang sepupu Yu kak Nik dan kak Maizatul.



Sebelum pulang malam tu kami sekeluarga bergambar dengan muka mengantuk dan kekenyangan...


kak masku dan kak nik yang cun...


Sebelum balik adik bergambar dengan mak nagah, kasmira dan amri..
bye...bye...jumpa lagi dalam sesi BBQ yang berikutnya di rumah Ayah Nah pula kot...