Sila tinggalkan coretan anda

Thursday, December 11, 2008

AIDILADHA YANG MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN

Gambar-gambar dibawah ni diambil pada pagi Aidiladha yang sungguh ceria. Nenek Yu pun turut gembira dikelilingi cucu-cucunya. Adik Yu, Nadirah dengan baju raya orennya. Tapi mak sah tak kelihatan sebab sangat sibuk bersama Umi di dapur. Ayah su datang sekejap untuk bergambar dengan Yu dan seorang lagi sepupu Yu yang comel, sikecil Alya Aisyah...





Satu-satunya adik yang `the best in the world`




Ayah Su Yu yang amat baik.


Yu rasa sungguh bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga besar yang sungguh bahagia. Walupun Yu cuma dua beradik saja tapi Yu ada ramai kakak-kakak dan abang sepupu yang amat baik dan menyayangi Yu dan Adik. Mereka semua amat bererti dan istimewa bagi Yu. Yu juga ada Ayah Su, Mak Sah dan Ayah Lik. Mereka semua buat Yu rasa diri ini amat bertuah kerana berpeluang menikmati kasih sayang mereka...















Inilah wajah Amna Faqiha, sepupu Yu. Dia masih baby,tapi comel dengan baju rayanya. Kami sekeluarga gembira dengan kehadirannya,terutama sekali ayah su dan cik su lah...





AIDILADHA BERSAMA KELUARGA DI RUMAH MAK SAH

Aidilhdha kali ini kami sekeluarga berkumpul di rumah Mak Sah.Sempena Hari Raya korban kali ini, keluarga buat kenduri aqiqah sepupu Yu yang terbaru Amna Faqiah. Dibawah ini Yu bergambar dengan sepupu Yu, Kak Maizatul. Kak Maizatul ni pandai tau, Dia dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni. Yu pun nak pandai seperti dia...